Wartawan Utusan Malaysia terima Anugerah Media Wanita UMNO Malaysia 

LocalPolitics
10 Sep 2026 • 10:11 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Wartawan Utusan Malaysia terima Anugerah Media Wanita UMNO Malaysia 

KUALA LUMPUR:  Wartawan Utusan Malaysia, Aslinda Nasir menerima Anugerah Media Wanita UMNO Malaysia sempena Perhimpunan Agong UMNO 2026, hari ini. 

Anugerah tersebut diberikan atas jasa dan sumbangan beliau dalam menghasilkan karya yang mengangkat imej Wanita UMNO. 

Penerimaan anugerah disampaikan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail diiringi Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad. 

Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Rosni Zahari berkata, anugerah yang julung kali diadakan ini adalah untuk memberi pengiktirafan kepada pengamal media dan penggiat kandungan.

“Anugerah ini diberikan kepada mereka yang telah menghasilkan karya berkualiti dalam mengangkat kisah perjuangan dan sumbangan wanita UMNO kepada masyarakat.

“Pemilihan dibuat berdasarkan kualiti karya, kreativiti dan nilai kewartawanan serta impak dan keberkesanan karya dalam mengetengahkan peranan, suara dan sumbangan wanita UMNO,” katanya. 

Dalam pada itu, menurut Aslinda, anugerah yang diterima itu dapat menaikkan namanya sebagai seorang wartawan dan jenama Utusan Malaysia. 

“Pengiktirafan ini juga menunjukkan UMNO sentiasa menghargai nilai kewartawanan dan peranan media dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat,” katanya. – UTUSAN

The post Wartawan Utusan Malaysia terima Anugerah Media Wanita UMNO Malaysia  appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved