Wasco peroleh kontrak RM161.86 juta bekal bangunan pasang siap di Afrika

Business & Finance
25 Oct 2023 • 9:30 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Wasco peroleh kontrak RM161.86 juta bekal bangunan pasang siap di Afrika

diyana

25/10/2023 - 09:30

KUALA LUMPUR 25 Okt - Wasco Bhd telah menerima kontrak bernilai AS$33.89 juta (RM161.86 juta) daripada Schneider Electric Frnace untuk pembekalan bangunan pasang siap bagi projek di Afrika.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Wasco berkata anak syarikatnya di Singapura, W S Engineering & Fabrication Pte Ltd, dianugerahkan kontrak terbabit yang dijangka siap dalam tempoh 17 bulan.

Kumpulan itu berkata, skop kerja kontrak itu melibatkan kejuruteraan, perolehan dan pembinaan bangunan pasang siap.

“Kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan kumpulan sepanjang tempoh kontrak. Kontrak itu projek khusus dan tidak boleh diperbaharui,” katanya.

Pada pukul 9:23 pagi ini, saham Wasco turun 1 sen atau 1% kepada 98.5 sen dengan permodalan pasaran sebanyak RM763.3 juta. Setakat tahun ini, saham kumpulan itu telah meningkat 53.9%. - DagangNews.com

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved