Waspada akaun palsu guna suara AI Raja Permaisuri Agong

LocalTechnology
20 Aug 2025 • 6:46 PM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

image is not available

KUALA LUMPUR – Sebuah akaun video palsu yang menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) dengan memaparkan suara Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah, dikesan tular di aplikasi TikTok.

Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor (Royal Press Office) dalam satu kenyataan memaklumkan, video berkenaan memperdaya orang ramai dengan mendakwa Seri Paduka Baginda menawarkan bantuan kewangan.

“Video palsu memaparkan suara Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong kononnya berkaitan bantuan kewangan daripada Baginda kepada orang ramai,” kata kenyataan itu hari ini.

Sehubungan itu, Royal Press Office menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpengaruh dengan akaun-akaun palsu yang sering dimanipulasi oleh ‘scammers’ untuk tujuan penipuan di platform media sosial.

“Royal Press Office ingin menegaskan bahawa penyamaran dan penyalahgunaan identiti adalah satu kesalahan di sisi undang-undang,” jelas kenyataan tersebut.