Waspada, Empat Negeri Diramal Alami Ribut Petir, Hujan Lebat

LocalEnvironment
7 Jan 2026 • 9:28 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Waspada, Empat Negeri Diramal Alami Ribut Petir, Hujan Lebat

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat buah negeri hingga jam 11 pagi ini.

Hujan lebat diramal berlaku melibatkan daerah Sik dan Baling di Kedah, manakala amaran berkenaan turut melibatkan sekitar daerah di Perak seperti Hulu Perak.

Selain itu, amaran berkenaan turut melibatkan kawasan Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang di Kelantan.

Beralih ke Sarawak, ia melibatkan daerah Kuching (Kuching), Samarahan (Samarahan dan Asajaya) dan Mukah.

METMalaysia memaklumkan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata hantaran itu.

BACA: Memukau, Lelaki Hasilkan Potret Diraja Atas Kain Tenun Pahang, Dihias 1,000 Kristal Swarovski

Sumber: Malaysian Meteorological Department

The post Waspada, Empat Negeri Diramal Alami Ribut Petir, Hujan Lebat appeared first on Siakap Keli.