Luruan monsun: Amaran hujan berterusan di lima negeri

6 Jan 2026 • 9:37 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Amaran hujan berterusan dijangka melanda lima negeri susulan luruan mosun.

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca signifikan dengan luruan monsun dijangka berterusan sehingga 11 Januari ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan keadaan itu berpotensi membawa hujan lebat berterusan di timur Semenanjung dan barat Sarawak, selain angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan dalam tempoh tersebut.

"Sehubungan itu, Amaran Hujan Berterusan (Waspada) telah dikeluarkan bagi negeri Terengganu, utara Kelantan dan timur Pahang berkuat kuasa sehingga 8 Januari 2026, timur Johor berkuat kuasa daripada 7 hingga 8 Januari 2026.

"Manakala bagi barat Sarawak berkuat kuasa daripada 9 sehingga 10 Januari 2026. Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora juga dikemas kini berkuat kuasa sehingga 8 Jan 2026 bagi Laut China Selatan,” menurut kenyataan itu.

Orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih. - Bernama 

 

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved