Watie sebak tonton persembahan Thalita – “Kalau ibu boleh tengok, pasti dia bangga”

EntertainmentLifestyle
23 Jan 2026 • 5:49 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Isteri kepada pelawak dan usahawan Shuib, Watie Hanafiah berkongsi momen manis memperlihatkan anak tirinya, Thalita melakukan persembahan duet bersama penyanyi asal Indonesia, Cakra Khan.

Sebak lihat persembahan Thalita

image is not available

Menerusi hantaran di Instagram, Watie meluahkan rasa sebak melihat kesungguhan Thalita dalam memberikan persembahan yang terbaik sepanjang penampilannya di pentas pertunjukkan fesyen tersebut.

“Yang di belakang tabir pun Mummy dan Daddy memang sangat bangga dengan kamu, Thalita. Apatah lagi bila kamu buat sehabis baik masa persembahan. Mummy dan Daddy rasa nak menangis,” tulisnya, semalam.

Dalam pada itu, dia juga tidak melupakan ibu kandung Thalita iaitu Allahyarham Siti Sarah malah percaya sekiranya arwah masih ada, tentu dia juga bangga menyaksikan momen indah itu.

image is not available

“Dan pasti, kalau ibu boleh tengok awak, dia mesti lebih bangga. Tahniah Thalita,” luahnya.

Artikel lain:Watie gagal tahan air mata, ucapan Thalita undang sebak – “Bukan ibu tiri, tapi mummy sebenar”

Sebelum ini, Watie menjadi perhatian publik apabila meluahkan rasa sebak setelah mendengar ucapan penghargaan Thalita pada majlis hari graduasi.

Katanya, dia gagal menahan air mata apabila anak kedua Shuib bersama Allahyarham Siti Sarah Raisuddin itu turut menyebut namanya sebagai sebahagian insan penting selain ibu kandung dan bapanya sendiri.

Untuk rekod, Shuib mendirikan rumah tangga bersama Watie pada Jun 2023 selepas dua tahun bergelar duda apabila isterinya yang juga penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin meninggal dunia pada 2021 akibat Covid-19.

Hasil perkahwinan dengan Sarah, Shuib dikurniakan empat orang cahaya mata.

Sumber: Instagram iamwatie

View Original Article