Wawa Zainal Dah Tahu Lebih Awal Keputusan Mawar Rashid & Raf Yaakob Nak Berpisah – “Bukan Sebab Orang Ketiga…”

1 Dec 2023 • 12:36 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Selebriti dan usahawan, Wawa Zainal mengesahkan perpisahan sahabatnya, Mawar Rashid dan bekas suami, Raaf Yaakob bukanlah disebabkan orang ketiga.

Kata selebriti berusia 32 tahun itu, sebagai sahabat dia berharap agar Mawar dan bekas suami kembali bersatu dan bahagia semula.

Mungkin perpisahan itu keputusan terbaik buat mereka. Cuma saya harap mereka dapat kembali bersatu. Mereka berpisah bukan disebabkan orang ketiga. Jadi saya dan suami percaya ada sinar untuk mereka.

image is not available

Ujar Wawa lagi, dia dan suami tahu tentang Mawar mahu bercerai dengan Raf sebelum pasangan itu membuat pengumuman di media sosial, 23 November lepas.

Akui terkejut apabila dimaklumkan tentang hal tersebut namun kata Wawa dia hanya mampu mendoakan yang terbaik buat sahabat mereka itu.

Kami hanya (mampu) mendengar saja. Nak beri nasihat pun, kami bukanlah orang yang baik sangat.

image is not available

image is not available 1 week ago

"Saya Tahu Melalui Media Sosial.." - Fazley Yaakob Baru Tahu Mawar Rashid & Raf Yaakob Bercerai