Waze Mungkin Diharamkan Terus Di Malaysia, Anwar Ibrahim Dedah Sebab Utama!

LocalPolitics
23 Oct 2026 • 3:46 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Intipati berita

  • Kerajaan tidak menolak kemungkinan mengharamkan Waze sepenuhnya di Malaysia jika aplikasi navigasi tempatan sudah mempunyai keupayaan mencukupi.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui aplikasi tempatan seperti TuJu masih mempunyai kelemahan dan perlu ditambah baik.
  • Larangan penggunaan Waze dibuat atas faktor keselamatan negara, susulan semakan mendapati ibu pejabat aplikasi itu berada di Israel dan perjanjiannya tertakluk kepada undang-undang negara tersebut.
  • Anwar meminta pengguna bersabar dan menggunakan aplikasi navigasi alternatif buat sementara waktu kerana kerajaan mengutamakan keselamatan negara berbanding kemudahan pengguna.

Kerajaan tidak menolak kemungkinan untuk mengharamkan sepenuhnya penggunaan aplikasi navigasi Waze di Malaysia sekiranya alternatif tempatan mempunyai keupayaan yang mencukupi pada masa hadapan.

Menurut laporan Utusan Malaysia, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu perlu dikaji terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan lanjut dibuat, termasuk menilai kemampuan aplikasi navigasi tempatan yang tersedia ketika ini.

Anwar Ibrahim akui aplikasi TuJu masih ada kelemahan?

Aplikasi tuju

Menurut Anwar, kerajaan memahami kesulitan yang dihadapi pengguna susulan larangan penggunaan Waze, terutama apabila aplikasi tempatan seperti TuJu masih mempunyai kelemahan dari segi fungsi dan keupayaan.

Itu kita kena study (kaji) apa alternatifnya. Kalau sudah esok kita tengok keupayaan kita cukup baik maka kita mungkin menentukan kemungkinan untuk mengharamkan sama sekali.

Kontroversinya kerana lembabnya alternatif. Saya setuju tetapi keputusan kita bukan kontroversi. Ini soal keselamatan negara.

Larangan Waze dibuat atas faktor keselamatan negara?

Image from: Waze Mungkin Diharamkan Terus Di Malaysia, Anwar Ibrahim Dedah Sebab Utama!

Anwar menjelaskan, tindakan terhadap Waze dibuat selepas maklumat mengenai lokasi ibu pejabat dan perjanjian penggunaan aplikasi itu disemak dalam mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara (JKSN).

Semakan berkenaan mendapati ibu pejabat Waze berpangkalan di Israel, manakala perjanjian penggunaannya tertakluk kepada undang-undang negara tersebut.

Sebab kalau sudah gunakan Waze, maknanya secara automatik menyerahkan semua maklumat kepada Israel. Jadi kita jangan buat silap itu.

Itu yang menyebabkan mengapa saya ambil tindakan yang agak spontan. Saya kata hendak tangguh satu hari pun tak boleh.

Terdahulu, larangan terhadap penjawat awam menggunakan aplikasi Waze berkuat kuasa serta-merta susulan pemakluman rasmi Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar pada 20 Oktober lalu.

The post Waze Mungkin Diharamkan Terus Di Malaysia, Anwar Ibrahim Dedah Sebab Utama! appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved