Gelang Tangan Pintar Realme Bakal Diperkenalkan Pada 5 Mac

TechnologyDigital
24 Feb 2020 • 6:23 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Realme telah sedia mengacah bakal memperkenalkan gelang tangan pintar tersendiri sejak sebulan dua ini. Hari ini, ketika pelancaran Realme X50 Pro 5G, pihak Realme turut mengumumkan yang mana gelang tangan pintar mereka bakal diperkenalkna pada 5 Mac 2020 kelak.

image is not available

Buat masa ini, info penuh mengenainya masih tidak diketahui. Ia dilihat menawarkan rekaan seumpama gelang tangan Xiaomi, hadir dengan rekaan skrin berwarna dan boleh dihubungkan ke telefon pintar menggunakan Bluetooth.

Realme berkemungkinan ingin mevariasikan penawaran mereka, dan turut menjadi salah satu jenama gaya hidup – selain hanya menawarkan telefon pintar sahaja.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 5 Mac 2020 ini untuk mengetahui lanjut mengenai gelang tangan pintar Realme ini.