“We need to make a movie together” – Zach King Ajak Sofyank Bikin Filem

Entertainment
19 Nov 2024 • 2:51 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pempengaruh Sofyank atau nama sebenarnya Mohamad Sofian Abdullah menzahirkan rasa gembira apabila Zach King sekali lagi mengajak dirinya untuk berkolaborasi.

Biarpun pernah bersua dan bekerjasama sebelum ini, kali ini Zach King mengajak untuk melakukan kolaborasi bersama untuk projek yang lebih besar, tawaran itu dibuat menerusi satu ruangan komen daripada Zach King di media sosial dan dikongsikan semula di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mohamad Sofian (@sofyank96)

Menurutnya, Zach King telah mengajak Sofyank untuk membikin satu filem pendek bersama.

“Walaupun ini baru komen sahaja, tapi komen daripada Zach King ini dah letakkan satu impian baru untuk saya cuba menjadikannya sebagai satu realiti. InsyaAllah kalau ada rezeki. Saya takkan lepaskan peluang emas ini untuk menghasilkan filem pendek bersama dengan Zachking.”

Tambah Sofyank lagi, dalam menghasilkan kandungan selepas ini, dia sudah memiliki satu impian baru dan cuba untuk merealisasikannya. Katanya, dia akan lebih bersemangat untuk menghasilkan kandungan yang lebuh banyak.

“Saya juga harap korang semua dapat support saya dalam perjalanan saya untuk menjadikan impian baru ini menjadi satu kenyataan. Terima kasih semua.”

Mesti gempak kalau tengok hasil diaorang ni.

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.