“We Promise! Bawa Bertenang” – ‘Straw Turtle-Friendly’ Sering Dikritik, ZUS Coffee Umum Bakal Buat ‘Straw’ Baru

15 May 2024 • 1:25 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sejak franchise ZUS Coffee menjadi pilihan orang ramai beberapa bulan yang lalu, ramai pembeli meluahkan rasa ‘geram’ kerana straw yang digunakan franchise tersebut.

‘Straw’ cepat hancur

Biarpun ramai berpuas hati dengan air kopi ZUS, tambah pula harga yang berpatutan, tetapi pembeli tidak suka apabila straw yang digunakan oleh francise tersebut mudah lembik dan hancur.

Saya suka semuanya tentang ZUS kecuali straw! Tolonglah buat sesuatu mengenai perkara itu, saya janji saya diam.

Janji tukar ‘straw’ baru

Sedar mengenai luahan hati pembeli yang tidak berpuas hati, pihak ZUS Coffee membalas ciapan individu tersebut dengan menjanjikan pihak merekan akan mengeluarkan straw baru tidak lama lagi.

image is not available

image is not available 1 week ago

ZUS Coffee Perkenal Cara Pembayaran Baru Kepada Pelanggan, Pakai 'Muka' Je!