Wee Ka Siong Dedah Urus Niaga Saham MAHB KWSP Rugi Hingga RM700 Juta

LocalPolitics
18 Feb 2025 • 3:58 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
wee ka siong

Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong, mendakwa bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengalami kerugian besar antara RM500 juta hingga RM700 juta akibat urus niaga saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Menurut Wee Ka Siong, KWSP menjual 150 juta saham MAHB pada harga sekitar RM6 seunit sebelum membelinya semula pada RM11 seunit dalam tempoh kurang setahun, sekali gus menyebabkan kerugian besar.

Bagaimana boleh kata tiada kerugian? Kalau kita tidak jual saham pada RM6, KWSP tak perlu beli balik pada harga RM11. Kiraan kasar menunjukkan kerugian antara RM539 juta hingga RM696 juta.- Katanya.

Wee Ka Siong desak penjelasan dari KWSP…

image is not available

Wee Ka Siong turut mendesak KWSP tampil memberi penjelasan kepada pencarum mengenai siapa yang bertanggungjawab dalam urus niaga ini serta jumlah sebenar kerugian yang dialami.

Isu ini turut mendapat perhatian beberapa NGO dan parti politik yang mahu KWSP bersikap lebih telus dalam pengurusan dana pencarum, bagi mengelakkan kerugian besar seperti ini berulang.

PAC akan siasat, MOF & MAHB dipanggil…

image is not available

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan siasatan rasmi terhadap dakwaan ini. Beberapa pihak termasuk Kementerian Kewangan (MOF) dan MAHB akan dipanggil memberi keterangan bermula Isnin ini.

Menurut Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, siasatan akan dilakukan secara berperingkat dan tidak menolak kemungkinan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, turut dipanggil bagi menjelaskan isu ini.

#ApaKataOhmedia

Sebagai pencarum KWSP, kita semua berhak mengetahui bagaimana wang simpanan kita diuruskan. Jika benar wujud urus niaga yang merugikan, pihak bertanggungjawab perlu tampil memberikan penjelasan dan memastikan ketelusan dalam setiap keputusan kewangan.

Ketelusan dalam pengurusan dana pencarum amat penting bagi memastikan keyakinan rakyat terhadap KWSP terus terpelihara.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Sinar Harian


The post

appeared first on

.