Wei Chong-Kai Wun mara final Terbuka Taiwan

24 Jun 2023 • 7:18 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Wei Chong-Kai Wun mengesahkan slot perlawanan akhir selepas menewaskan rakan senegara Yew Sin- Ee Yi dalam aksi separuh akhir di Arena Tian-Mu. - Foto Badminton Malaysia

BEREGU lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun meneruskan momentum positif Terbuka Taiwan apabila menempah slot perlawanan akhir pada Sabtu.

Wei Chong-Kai Wun, berstatus juara bertahan mengesahkan kemaraan ke final kejuaraan berstatus Super 300 itu selepas menewaskan rakan senegara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi di Arena Tian-Mu.

Bagaimanapun dalam aksi separuh akhir, Wei Chong-Kai Wun berstatus pilihan kelima dipaksa bekerja keras sebelum menewaskan Yew Sin- Ee Yi dalam masa 60 minit.

Set pertama, Wei Chong-Kai Wun diasak hebat sebelum tewas 17-21, namun kembali memenangi set kedua 21-19 kemudian mematikan langkah lawan yang juga pilihan pertama kejohanan 21-9.

Menanti Wei Chong-Kai Wun dalam perlawanan akhir adalah pilihan kedua kejohanan dari Taiwan, Lu Ching Yao-Yang Po Han.

Ching Yao-Po Han mengesahkan slot ke perlawanan akhir selepas menyingkirkan cabaran Lin Chia Yu-Lin Yong Sheng, straight set 21-16, 21-16 dalam masa 45 minit.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved