Wei Chong-Kai Wun perlu lebih konsisten

FootballSports
22 May 2025 • 9:15 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Wei Chong (kanan) dan Kai Wun bakal berdepan gandingan Jepun dalam aksi pusingan kedua Malaysia Masters di Bukit Jalil pada Khamis. Foto FB BAM.

BEREGU lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun mengakui masih belum menemui rentak sebenar permainan menjelang pusingan kedua Malaysia Masters 2025 menentang pasangan Jepun, Hiroki Midorikawa-Kyohei Yamashita di Axiata Arena, Bukit Jalil hari ini.

Pertemuan itu bakal menjadi yang pertama buat kedua-dua pasangan dan Wei Chong hanya mahu fokus kepada prestasi sendiri berbanding memikirkan kekuatan gandingan lawan.

Justeru mereka akan berbincang dengan ketua jurulatih, Herry Iman Pierngadi mengenai corak permainan terbaik untuk meraih keputusan positif.

“Kami ada tengok pasangan Jepun main dan agak bagus aksi mereka. Kualiti semua pun lebih kurang sama. Jadi kami akan bincang dengan jurulatih.

“Apapun apa yang penting buat kami ialah konsistensi. Tidak kisah kalah awal, tetapi kalau prestasi bagus, kami boleh terima,” ujar Wei Chong.

Pasangan nombor lapan dunia itu pada Selasa bermula positif apabila menumpaskan gandingan India, Pruthvi Krishnamurthy-Sai Pratheek 21-15, 23-21.

Wei Chong juga mengakui sudah mula merasai nikmat permainan setelah mereka bergelut dengan prestasi dan kesukaran untuk konsisten dalam setiap kejohanan.

“Sudah ada 'feel' dan semakin bagus, tetapi jurang masih besar (prestasi) perlu tingkatkan lagi. Jadi harap aksi akan datang boleh lebih 'solid'," katanya.

Sejak menjuarai Masters Indonesia Januari lalu, Wei Chong-Kai Wun berdepan kesukaran mengekalkan prestasi apabila tersingkir awal dalam empat kejohanan berturut-turut termasuk di Terbuka Thailand minggu lalu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved