Wei Chong-Wooi Yik, empat beregu ke pusingan kedua Korea Masters

4 Aug 2026 • 8:59 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Wei Chong-Wooi Yik, empat beregu ke pusingan kedua Korea Masters

PETALING JAYA: Beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Soh Wooi Yik iringi empat lagi pasangan ke pusingan kedua selepas mengetepikan lawan masing-masing di peringkat 32 terbaik pada Kejohanan Badminton Korea Masters di Asan, Korea Selatan, hari ini.

Pasangan pecah ganding yang kini menghuni ranking No. 169 dunia itu mengetepikan wakil Jepun, Hiroki Midorikawa-Yuto Nakashizu 12-21, 21-17, 21-11 dalam masa 45 minit.

Pada peringkat 16 terbaik, Khamis ini, Wei Chong-Wooi Yik bakal berdepan beregu Singapura, Nge Joo Jie-Donovan Willard Lee bagi memburu tempat ke suku akhir.

Turut mara ke pusingan seterusnya, satu lagi beregu pecah ganding, Tee Kai Wun-Yap Roy King yang berjaya menundukkan Terry Hee-Wesley Koh dari Singapura 18-21, 21-17, 21-16 dalam masa 52 minit.

Kai Wun-Roy King akan menghitung pertemuan dengan beregu tuan rumah, Jin Yong-Lee Jong Min pada peringkat 16 terbaik.

Dua lagi beregu lelaki turut mara ke pusingan kedua ialah Low Hang Yee-Ng Eng Cheong dan Choi Sol Gyu-Goh V Shem.

Gandingan profesional Malaysia, Hang Yee-Eng Cheong menewaskan rakan senegara, Arif Junaidi-Kang Khai Xing 21-16, 13-21, 22-20 dalam masa 51 minit.

Bagi beregu yang menggandingkan dua negara, Korea Selatan dan Malaysia, Sol Gyu-V Shem pula menyingkirkan wakil India, Achutaditya Rao Doddavarapu-Arjun Reddy Pochana 21-3, 21-10 dalam masa 21 minit.

Pilihan ketiga dari Taiwan, He Zhi Wei- Huang Jui Hsuan bakal menjadi lawan Hang Yee-Eng Cheong di pusingan kedua, manakala, Sol Gyu-V Shem akan menentang sama ada rakan senegara, Aaron Chia-Aaron Tai atau Bhargav Ram Arigela-Viswa Tej Gobburu dari India.

Sementara itu, dalam aksi beregu wanita pula, nasib berbeza dialami dua wakil Malaysia, Cheng Su Hui-Chong Jie Yu dan Vanessa Ng-Tan Zhing Yi.

Su Hui-Chong Jie Yu diberi tentangan sengit sebelum menewaskan pasangan Vietnam, Pham Thi Dieu Ly-Pham Thi Khanh, 21-16, 20-22, 23-21 dalam masa 1 jam 11 minit, manakala, Vanessa-Zhing Yi kalah kepada Bao Li Jing-Cao Zi Han dari China 12-21, 16-21 dalam masa 30 minit.

Pada peringkat 16 terbaik, Su Hui-Jie Yu akan menghitung pertemuan dengan pilihan kelapan, Lin Chih Chun-Yang Chu Yun dari Taiwan. – UTUSAN

The post Wei Chong-Wooi Yik, empat beregu ke pusingan kedua Korea Masters appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved