Wenger ketuai pasukan petugas FIFA

FootballSports
30 Oct 2024 • 10:06 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Wenger

BEKAS pengendali Arsenal, Arsene Wenger akan mengetuai pasukan petugas Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) yang dibentuk bagi memberi tumpuan kepada kebajikan pemain, kata badan induk bola sepak dunia.

Sebagai rekod, kebanyakan pemain mula menyuarakan kebimbangan mengenai kepadatan jadual perlawanan domestik dan antarabangsa yang berpotensi menjejaskan fizikal dan mental pemain.

Kesatuan pemain FIFPRO, LaLiga Sepanyol dan kumpulan liga Eropah memfailkan aduan bersama kepada pengawal selia antitrust Kesatuan Eropah awal bulan ini, dengan mendakwa badan induk berkenaan menyalahgunakan kalendar.

Laporan FIFPRO yang diterbitkan bulan lalu juga mengatakan bahawa segelintir pemain mendapat sekurang-kurangnya 12 peratus tahun untuk berehat.

Piala Dunia Kelab 32 pasukan baharu FIFA dan pertandingan antarabangsa yang dirombak ditetapkan untuk meningkatkan lagi jumlah perlawanan setiap musim.

"Objektif pasukan petugas adalah untuk mengkaji bagaimana perlindungan sesuai dan berkesan untuk pemain boleh dilaksanakan.

“Selain itu juga mengambil kira pertimbangan praktikal dari perspektif operasi, perubatan, kawal selia dan undang-undang," kata FIFA dalam satu kenyataan.

Pada Disember lalu, Wenger, yang mengambil peranan sebagai ketua pembangunan bola sepak global FIFA, berkata, bahawa terdapat peningkatan dramatik dalam kebajikan pemain dan ia tidak dapat disedari daripada keadaan dahulu.

FIFA berkata, pasukan petugasnya akan membuat cadangan mengenai kesejahteraan fizikal dan mental pemain berdasarkan penyelidikan saintifik terkini.

Pasukan petugas itu akan bersidang dalam beberapa minggu lagi, tambahnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved