Wetrom Bahanda daripada KDM menang Parlimen Kota Marudu

Politics
20 Nov 2022 • 2:00 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengumumkan kerusi Parlimen Kota Marudu di Sabah dimenangi calon Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) Datuk Wetrom Bahanda dengan majoriti 8,174 undi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Keputusan pengundian bagi kawasan Parlimen itu tidak dapat diumumkan semalam kerana masalah cuaca.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh dalam satu kenyataan hari ini berkata keputusan pengundian bagi Bahagian Pilihan Raya Parlimen P.168 Kota Marudu itu telah selamat diterima dan diumumkan pada 6.40 pagi, hari ini.

Wetrom yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandau mendapat 24,318 undi menewaskan penyandang kerusi berkenaan selama empat penggal iaitu Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, yang juga Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS).

Abdul Ghani berkata susulan itu, sebanyak 220 kerusi Parlimen telah disahkan tanpa mengambil kira Padang Serai dan Baram.

Beliau berkata sehingga hari ini, Pakatan Harapan telah memenangi 76 kerusi Parlimen, Perikatan Nasional (51), Barisan Nasional (30), PAS (22), Gabungan Parti Sarawak (22), Gabungan Rakyat Sabah (enam) dan DAP (lima).

Warisan pula memenangi tiga kerusi, Bebas (dua), MUDA (satu), Parti Bangsa Malaysia (satu) dan terkini KDM, satu kerusi. - BERNAMA