
Setiap tahun WhatsApp akan menamatkan sokongan aplikasi pada sistem operasi yang sudah usang. Tahun ini hanya peranti dengan Android 6.0 ke atas dan iOS 15.1 ke atas disokong. Tetapi selepas ini satu lagi langkah keselamatan akan diperkenalkan dengan proses log masuk WhatsApp tidak boleh dilakukan selagi sistem operasi tidak dikemaskini ke versi terkini.

Menurut WABetaInfo, amaran untuk mengemaskini akan dipaparkan pada skrin peranti dengan sistem operasi tidak dikemaskini jika WhatsApp dilancarkan buat pertama kali. Ia menasihatkan pengguna untuk mengemaskini peranti sebelum cuba melakukan proses log masuk. Terdapat juga langkah bagaimana peranti boleh dikemaskini pada skrin yang sama.
Dengan ciri ini isu WhatsApp digunakan pada peranti dengan sistem operasi lama yang mempunyai pelbagai kerentanan akan diselesaikan. WhatsApp belum mengumumkan bila ciri ini akan diaktifkan kepada pengguna aplikasi,






