148 karton rokok tak bercukai dirampas di Teluk Intan

6 Oct 2026 • 5:02 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 148 karton rokok tak bercukai dirampas di Teluk Intan

TELUK INTAN – Sebanyak 148 karton rokok disyaki tidak bercukai dirampas polis dalam serbuan yang dilakukan ke atas sebuah rumah di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Chua Kok Lian berkata, rampasan tersebut dilakukan oleh Unit Risikan Marin, Kampung Acheh, Sitiawan menerusi Op Taring Landai (Op Kontraban).

Beliau berkata, hasil pemeriksaan di premis berkenaan telah menemukan beberapa kotak yang mengandungi rokok pelbagai jenama yang disyaki tidak mempunyai setem cukai.

“Kesemua barang rampasan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967,” katanya di sini hari ini.

Kok Lian berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti sumber bekalan, pihak yang terlibat serta rangkaian pengedaran rokok tidak bercukai berkenaan. – KOSMO! ONLINE

The post 148 karton rokok tak bercukai dirampas di Teluk Intan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved