WhatsApp Akan Menggunakan Teknologi Penterjemahan Sendiri

TechnologyDigital
19 Jul 2024 • 3:21 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Nampaknya ada perubahan kepada ciri penterjemahan oleh WhatsApp yang bakal ditawarkan. Menurut WABetaInfo, tiada teknologi Google Translate akan digunakan sebaliknya WhatsApp akan menggunakan teknologi penterjemahan tersendiri terus terbina di dalam WhatsApp.

image is not available

Kemudian, pengguna kelak akan diminta untuk memuat turun pek bahasa agar semua proses penterjemahan boleh diproses dari dalam peranti. Pengguna dilihat perlu memilih teks yang ingin diterjemah, turut ada pilihan untuk menterjemah semua teks secara automatik dan label “Diterjemah” atau “Translated” akan dipaparkan untuk pengetahuan pengguna yang ia bukan teks asal.

Enam bahasa akan ditawarkan iaitu Inggeris, Arab, Sepanyol, Portugal (Brazil), Rusia, dan Hindi. Buat masa ini ciri ini masih tersembunyi dan sedang diuji dalam WhatsApp Beta untuk Android versi 2.24.15.12. Tiada informasi bila ciri ini akan tiba ke semua orang dan adakah peranti Samsung akan menggunakan teknologi sama atau menggunakan Galaxy AI. Sama-sama kita nantikan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved