Jika anda tertanya kenapa zum pada iPhone 15 Pro Max nampak cantik, ia adalah kerana lensa tetraprisma yang menggunakan struktur kaca berlipat untuk memantulkan cahaya berulang kali. iPhone 16 Pro dan iPhone 17 dikatakan akan terus menggunakan teknologi kamera ini. Bezanya, iPhone 17 Pro Max akan menggunakan tiga sensor 48MP.

Sensor 48MP ini bersaiz 1/2.6″ satu naik taraf berbanding sensor pada iPhone 16 Pro dengan sensor 12MP bersaiz 1/3.1″. Buat masa ini masih tidak pasti jika kedua-dua iPhone 17 Pro akan menerima sensor baharu ini atau hanya Pro Max. Apple juga ingin mengoptimasikan kamera 48MP untuk sesuai merakam video spatial 3D. Sokongan zum juga dijangka akan menjadi lebih baik. Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenai iPhone 17 selepas iPhone 16 dilancarkan nanti.

