WhatsApp Bakal Menambah Ciri Emoji Beranimasi Tidak Lama Lagi

TechnologyDigital
19 Apr 2023 • 10:48 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

WhatsApp sedia memperkenalkan ciri emoji dan sticker pada aplikasi mereka. Kini dalam usaha menjadikan penawaran perkhidmatan permesejan WhatsApp lebih menarik, aplikasi berkenaan sedang menguji ciri emoji beranimasi pada platform mereka.

Untuk makluman, sebelum ini WhatsApp sedia menguji ciri sedemikan secara terhad beberapa tahun dahulu – dimana apabila berkongsi akan emoji “heart”, ia menyertakan sedikit animasi padanya.

image is not available

Kini, melalui ujian pada WhatsApp Desktop Beta, ia dilihat emoji beranimasi diuji dengan lebih meluas lagi – meliputi pelbagai emoji. Dengan langkah ini, ia dijangka membolehkan pengguna mengekspresi perasaan dengan lebih baik lagi.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah ciri ini akan diperkenalkan secara meluas kepada semua pengguna seluruh dunia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved