WhatsApp Berkongsi Lanjut Cara Guna Akaun Sekunder Untuk Kawalan Ibu Bapa

TechnologyFamily & Parenting
22 Jan 2026 • 4:22 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

WhatsApp sebelum ini telah mengumumkan ciri baharu yang sedang dibangunkan untuk membantu ibu bapa mengurus akaun sekunder melalui kawalan utama. Terkini, mereka turut berkongsi dengan lebih jelas bagaimana fungsi ini akan disediakan.

image is not available

Untuk makluman, akaun sekunder ini ialah profil dengan fungsi terhad yang ditetapkan khusus untuk anak-anak. Sekiranya pengguna belum mencapai umur minimum yang dibenarkan, mereka perlu meminta ibu bapa untuk menyediakan akaun ini. Akaun sekunder ini juga akan menghalang anak-anak daripada menghantar atau menerima mesej serta panggilan daripada kenalan yang tidak dikenali. Selain itu, ibu bapa akan menerima laporan aktiviti tertentu contohnya apabila anak menambah kenalan baharu.

image is not available

Proses penyediaan bermula dengan ibu bapa mengimbas kod QR yang diberikan. Selepas itu, mereka perlu mencipta PIN enam digit. PIN ini berfungsi untuk mengawal tindakan tertentu serta menghalang anak daripada membuat perubahan tanpa kebenaran. Ia juga mesti dimasukkan pada akaun sekunder untuk melengkapkan profil.

Akaun sekunder ini akan kekal sehingga ibu bapa memutuskan untuk menamatkannya, atau sehingga anak mencapai umur minimum yang ditetapkan oleh WhatsApp. Buat masa ini, ciri ini masih dalam peringkat pembangunan dan ujian tanpa tarikh rasmi pengenalannya kepada umum.