WhatsApp Channels Diperkenalkan Kepada Semua – Kini Semua Boleh Menghasilkan Saluran Tersendiri

TechnologyDigital
13 Sep 2023 • 9:30 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Meta hari ini mengumumkan pengenalan WhatsApp Channels secara rasminya kepada semua, sekaligus membolehkan sesiapa sahaja untuk menghasilkan saluran tersendiri di WhatsApp.

image is not available

Bagi yang tidak mengenali akan WhatsApp Channels, ia merupakan saluran komunikasi sehala yang disediakan oleh WhatsApp. Ia lebih digunakan oleh organisasi media, jenama, dan sebagainya dalam berkongsi kemaskini semasa terus di WhatsApp.

WhatsApp Channels terletak di bahagian Updates – dimana anda melihat kemaskini WhatsApp Status kawan-kawan.

Bagi anda yang berminat juga, boleh menyemak beberapa saluran Malaysia yang sedia aktif di WhatsApp Channels, termasuk Amanz, Cereka dan Sukanz.