WhatsApp dah boleh guna 2 akaun dalam 1 telefon, ini caranya untuk tambah akaun kedua

Digital
20 Oct 2023 • 5:01 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Anda menggunakan dua telefon sebab perlukan dua akaun WhatsApp berbeza? Kini tak perlu bersusah payah lagi, sebab WhatsApp dah perkenalkan ciri berbilang akaun dengan hanya menggunakan satu telefon yang sama.

Ciri ini pastinya sangat membantu jika anda mempunyai 2 akaun – seperti kerja dan peribadi. Jadi selepas ini anda tidak lagi perlu mengelog keluar setiap kali, membawa dua telefon atau bimbang tersalah mesej.

Cara tambah akaun kedua

Untuk mewujudkan akaun kedua di WhatsApp, anda memerlukan nombor telefon kedua, kad sim atau telefon yang menyokong berbilang SIM atau eSIM.

image is not available

Ini langkah-langkah yang perlu anda lakukan:

  1. Buka tetapan WhatsApp
  2. Klik pada ikon '>' pada sebelah nama anda
  3. Klik Tambah akaun
  4. Anda boleh memperibadikan tetapan privasi dan notifikasi untuk setiap akaun

Akaun yang baru ditambah akan kekal aktif pada peranti sehingga anda  log keluar.  

Sekiranya mahu menggunakan ciri baharu ini, anda bolehlah mengemaskini aplikasi WhatsApp di telefon pintar. Selepas ini tak perlu lagi bawa dua telefon berbeza, kan?

Bagaimanapun, saya dah kemaskini WhatsApp terbaru di iPhone dan Android tapi masih belum dapat fungsi ini. Mungkin ia akan dilepaskan secara berperingkat. Kalau anda dah dapat, bagi komen sikit.

[Sumber: WhatsApp]

Bacaan Berkaitan