WhatsApp Memperkenalkan Ciri Multi-Akaun – Boleh Guna Dua Akaun WhatsApp Pada Aplikasi Sama

TechnologyDigital
19 Oct 2023 • 7:16 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

WhatsApp hari ini mengumumkan ciri multi-akaun, sekaligus membolehkan para pengguna menggunakan dua akaun WhatsApp pada satu telefon yang sama. Dengan langkah ini, ia akan memudahkan pengurusan akaun – terutamanya jikalau pengguna mempunyai akaun untuk kegunaan peribadi dan pekerjaan yang berbeza.

image is not available

Pengguna boleh menambah akaun kedua pada WhatsApp dengan hanya tekan pada gambar profil untuk seketika, dan membuka popup dibawah yang membolehkan anda menambah akaun baharu.

Seterusnya, anda akan perlu memasukkan nombor telefon serta melakukan pengesahan seperti biasa. Sebaik sahaja proses berkenaan selesai, pengguna boleh berubah akaun dengan mudah dengan hanya tap pada gambar profil.

Bagi anda yang menggunakan WhatsApp, boleh mengemaskini aplikasi anda, dan menikmati ciri baharu ini. Dengan ciri ini, anda tidak lagi perlu membawa dua telefon berbeza, atau bertukar akaun dengan susah-payah di WhatsApp.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved