WhatsApp Dikemaskini Dengan Ciri Baharu Termasuk Penjanaan Gambar Latar Belakang Menggunakan AI

Digital
30 Sep 2025 • 12:16 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Meta telah mengumumkan beberapa ciri baharu untuk WhatsApp yang kini tersedia kepada lebih ramai pengguna. Antara penambahbaikan diberikan termasuk sokongan Live Photos bagi pengguna iOS dan Motion Photos bagi pengguna Android. Ciri ini membolehkan pengguna berkongsi gambar dengan bunyi dan pergerakan untuk menjadikan pengalaman komunikasi lebih baik.

image is not available

Pengguna kini boleh menyesuaikan tema perbualan dengan warna dan rekaan tersendiri menggunakan Meta AI untuk pengalaman yang lebih peribadi. Ciri ini mungkin tidak tersedia kepada semua pengguna. WhatsApp juga memperkenalkan pelekat baharu seperti Fearless Bird dan Vacation yang menampilkan watak comel bagi menyampaikan emosi tanpa kata.

image is not available

Fungsi carian kumpulan kini lebih mudah apabila pengguna hanya perlu mencari nama kenalan dalam tab Chats dan aplikasi akan memaparkan kumpulan yang dikongsi bersama. Selain itu, pengguna Android kini boleh mengimbas, memangkas dan menghantar dokumen terus dari WhatsApp di mana satu ciri yang sebelum ini hanya tersedia di iPhone.

Untuk panggilan video, Meta AI membolehkan pengguna mencipta latar belakang yang menggambarkan suasana atau sesuatu yang baharu. Latar ini juga boleh digunakan semasa mengambil gambar dan video dalam ruangan sembang. Semua ciri ini tersedia dalam versi terkini aplikasi.