Xiaomi kini memperkenalkan kemas kini HyperOS 3 kepada pengguna global bersempena pelancaran siri Xiaomi 15T. Versi baharu ini menampilkan antaramuka serba baharu, prestasi yang lebih lancar serta ciri kecerdasan buatan (AI) yang dipertingkat untuk pengalaman pengguna yang lebih pintar.

Ia memperkenalkan Hyper Island sebagai pusat kawalan untuk multi tugas, Hyper Connect bagi sambungan rentas peranti serta Touch to Share yang membolehkan perkongsian kandungan melalui sentuhan termasuk ke peranti Apple. Ciri tambahan lain termasuk sokongan aplikasi Xiaomi pada iPad, nyahkunci biometrik rentas peranti dan carian peranti Xiaomi yang lebih pantas.



HyperOS 3 turut dilengkapi Edge-to-Cloud AI Data Security yang menawarkan perlindungan menyeluruh termasuk enkripsi generasi baharu dan protokol MiTEE untuk sambungan yang lebih selamat. HyperAI pula menyokong pelbagai fungsi pintar seperti penulisan, pertuturan, pencarian dan terjemahan serta paparan AI menarik seperti Dynamic Wallpapers dan Cinematic Lock Screen yang lebih menarik.



Selain itu, HyperOS 3 turut menyokong integrasi dengan Google Gemini yang membolehkan pengguna bertanyakan pelbagai soalan terus melalui skrin atau kamera, memberi arahan merentasi aplikasi Xiaomi dan Google, serta menjana imej yang realistik berdasarkan arahan teks. Berikut ialah senarai peranti yang akan menerima kemas kini HyperOS 3 mengikut fasa:

Fasa 1 (Oktober – November 2025)
- Xiaomi 15 Ultra, Xiaomi 15, Xiaomi 15T Pro, Xiaomi 15T
- Xiaomi MIX Flip
- Redmi Note 14 Pro+ 5G, Note 14 Pro 5G, Note 14 Pro, Note 14
- POCO F7 Ultra, F7 Pro, F7
- POCO X7 Pro, X7 Pro Iron Man Edition, X7
- Xiaomi Pad 7 Pro, Pad 7, Pad Mini
- Xiaomi Watch S4 41mm (tersedia 24 September 2025)
- Xiaomi Smart Band 10 Glimmer Edition (tersedia 24 September 2025)
- Xiaomi Smart Band 10 Ceramic Edition, Smart Band 10
Fasa 2 (November – Disember 2025)
- Xiaomi 14 Ultra, Xiaomi 14, Xiaomi 14T Pro, Xiaomi 14T
- Redmi Note 13 Pro
- Redmi 15, 14C, 13, 13x
- POCO F6 Pro, F6
- POCO X6 Pro
- POCO M7, M6 Pro, M6
- POCO C75
- Xiaomi Pad 6S Pro 12.4
- Redmi Pad 2 Pro, Pad 2 Pro 5G, Pad 2, Pad 2 4G
Fasa 3 (Disember 2025 – Mac 2026)
- Xiaomi 13 Ultra, 13 Pro, 13, 13T Pro, 13T, 13 Lite
- Xiaomi 12 Pro, 12, 12T Pro
- Redmi Note 14 5G, Note 14S
- Redmi Note 13 Pro+ 5G, note 13 Pro 5G, Note 13 5G
- Redmi 15 5G, 15C 5G, 15C
- POCO F5 Pro, F5
- POCO X6
- POCO M7 Pro 5G
- POCO C85
- Redmi Pad Pro, Pad Pro 5G
- Redmi Pad SE 8.7, Pad SE 8.7 4G
- POCO Pad





