WhatsApp Kini Memudahkan Anda Berhubung Dengan Rakan-Rakan Melalui Ciri “Kegemaran”

TechnologyDigital
17 Jul 2024 • 10:29 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

WhatsApp hari ini mengumumkan pengenalan sebuah penapis baharu pada aplikasi mereka, yang dilabelkan sebagai “Favorites” atau “Kegemaran”. Melaluinya, anda boleh melabelkan beberapa rakan-rakan atau ahli keluarga dibawah label berkenaan, dan seterusnya berhubung dengan mereka dengan lebih pantas berbanding yang lain.

image is not available

Dengan langkah ini, anda boleh terus memilih tab “Kegemaran”, dan seterusnya melihat tetingkap sembang dengan rakan-rakan terdekat lebih mudah, tanpa perlu melakukan tatalan yang banyak.

Selain pada tetingkap sembang, ciri sama turut boleh digunakan pada bahagian panggilan suara.

Kemaskini baharu ini sedang diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna WhatsApp seluruh dunia bermula hari ini.