WhatsApp Kini Mula Perkenalkan Ciri Menghantar Mesej Audio Yang Hilang Selepas Didengar Sekali

TechnologyDigital
25 Oct 2023 • 12:49 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

WhatsApp sebelum ini sedia memperkenalkan kebolehan menghantar gambar yang boleh dilihat sekali sahaja, dan hilang selepas dilihat. Kini, ciri sama turut diperluaskan kepada penghantaran mesej audio.

image is not available

Ciri ini diperkenalkan secara berperingkat kepada semua. Melaluinya, anda perlu tap pada ikon mesej audio dan meleretkan ia ke atas. Sebuah paparan rakaman audio baharu akan diperlihatkan, dengan ikon “1” pada bahagian kanan. Pengguna boleh mengaktifkan ia dengan tap pada ikon tersebut, dan ia akan menjadikan mesej audio yang dihantar hanya boleh didengar sekali sahaja sebelum hilang.

image is not available

Bagi anda yang menggunakan WhatsApp, boleh mencuba ciri baharu untuk mesej audio ini hari ini.