WhatsApp Membangunkan Fungsi Kawalan Jenis Iklan Yang Akan Dipaparkan Dalam Status

TechnologyDigital
25 Jun 2025 • 1:02 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

WhatsApp sedang membangunkan fungsi baharu yang membolehkan pengguna mengawal jenis iklan yang dipaparkan (Ad Preferences) dalam bahagian status dan saluran (Channel). Fungsi ini masih dalam pembangunan dan dijangka akan diperkenalkan menerusi kemaskini aplikasi yang akan datang.

image is not available

Melalui ciri ini, penguna boleh melihat semula senarai iklan yang pernah dipaparkan lengkap dengan maklumat seperti tarikh paparannya. Di samping itu, mereka juga boleh memilih untuk menyembunyikan iklan daripada pengiklan tertentu jika dirasakan tidak relevan atau menganggu.

Sekiranya pengguna berubah fikiran pada masa akan datang, mereka turut diberi pilihan untuk mengembalikan semula iklan yang disembunyikan tersebut. Semua fungsi ini akan disediakan dalam tab kemaskini serta boleh diakses menerusi tetapan utama aplikasi.

image is not available

Minggu lalu, WhatsApp telah memperkenalkan ciri baharu berkaitan iklan. Bagaimanapun, mereka menegaskan bahawa semua mesej, panggilan suara dan video, serta kemas kini status kekal dilindungi sepenuhnya melalui sistem penyulitan hujung ke hujung.

Selain itu, WhatsApp turut memberi jaminan bahawa maklumat peribadi pengguna tidak akan digunakan untuk tujuan pengiklanan. Sebaliknya, pemadanan iklan akan dibuat berdasarkan data umum seperti lokasi bandar, bahasa aplikasi, dan corak interaksi pengguna terhadap iklan sebelum ini.