WhatsApp Membolehkan Anda Sembunyikan Sesuatu Perbualan Menggunakan Frasa Rahsia Khas

TechnologyDigital
30 Nov 2023 • 11:09 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

WhatsApp kini hadir dengan sebuah ciri baharu dalam memastikan perbualan anda tersembunyi daripada paparan kepada pihak lain. Melalui ciri baharu ini, pengguna boleh tetapkan sebuah frasa kod rahsia, dan menyembunyikan sesuatu perbualan disebalik frasa rahsia tersebut.

Perbualan berkenaan tidak akan dipaparkan, dan pengguna perlu membuat carian dengan frasa rahsia berkenaan di kotak carian di WhatsApp, dan ia akan paparkan perbualan yang disembunyikan berkenaan selepas itu.

image is not available

Dengan langkah ini, pengguna boleh sembunyikan sesuatu perbualan, dan hanya boleh diakses dengan frasa rahsia yang diketahui pengguna tersebut sahaja. Ini adalah tambahan kepada ciri mengunci WhatsApp yang sedia diperkenalkan oleh WhatsApp sebelum ini.

Untuk mula mengunci dan menyembunyikan sesuatu perbualan, anda hanya perlu tap seketika pada sesuatu perbualan, dan seterusnya tekan pada titik menu, dan pilih “Lock Chat” atau “Kunci Sembang”. Ciri menyembunyikan dengan sokongan kod rahsia ini sedang diperkenalkan secara berperingkat dan dijangka diterima semua dalam bulan-bulan akan datang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved