YouTube Menambah Ciri Baharu Dalam Usaha Memudahkan Anda Menonton Berita Dari Sumber Sahih

TechnologyDigital
18 Oct 2023 • 10:10 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sementara pelbagai platform media menolak perkongsian kandungan berbentuk berita, kini YouTube melakukan perkara sebaliknya. Hari ini, YouTube mengumumkan sebuah fungsi khusus yang akan menghimpunkan berita daripada pelbagai sumber-sumber sahih – sekaligus memudahkan pengguna di YouTube merujuk dan mendapatkan kandungan yang sahih.

Ciri baharu ini diperkenalkan secara berperingkat. Apabila anda melayari aplikasi YouTube, apabila anda membuka perkongsian yang mempunyai ikon “akhbar”, ia seterusnya akan membuka pelbagai perkongsian video-video berkaitan daripada sumber-sumber berita yang telah disahkan oleh YouTube.

image is not available

Dengan langkah ini, ia memudahkan pengguna untuk merujuk pelbagai sumber berkaitan sesuatu perkara yang sedang berlaku.

Google menyatakan ciri baharu ini akan diperkenalkan secara berperingkat pada aplikasi mudah-alih YouTube terlebih dahulu, di lebih 40 buah negara. Penawaran sama untuk desktop dijangka akan menyusul selepas itu.