WhatsApp Memulakan Langkah Untuk Pengenalan Nama Pengguna – Ganti Perkongsian Nombor Telefon

TechnologyDigital
22 Oct 2024 • 10:15 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

WhatsApp hari ini secara rasminya mengumumkan pengenalan kebolehan menyimpan seseorang kenalan terus pada aplikasi WhatsApp, dan tidak lagi perlu menyimpan pada buku kenalan dalam telefon. Dengan langkah ini, pengguna tidak lagi perlu memenuhkan buku kenalan, dan terus menyimpan seseorang – seperti kenalan untuk perniagaan, di WhatsApp terus.

image is not available

WhatsApp mengatakan pengguna turut boleh menyimpannya menggunakan WhatsApp Web, atau di desktop, dan bukan terhad di peranti mudah-alih sahaja.

Pada masa yang sama, WhatsApp berkongsi mengatakan ini adalah langkah permulaan sebelum mereka memperkenalkan ciri nama pengguna di WhatsApp, memudahkan pengguna menambah kenalan menggunakan nama pengguna tanpa perlu berkongsi nombor telefon. Namun, latar masa pengenalan rasmi untuk ciri ini tidak dikongsikan lagi buat masa ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved