OpenAI Perkenal Aplikasi ChatGPT Untuk Windows Bagi Pengguna Berbayar

TechnologyDigital
18 Oct 2024 • 8:16 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

OpenAI hari ini memperkenalkan aplikasi ChatGPT untuk para pengguna komputer Windows, sekaligus memudahkan anda mengakses dan menggunakan perkhidmatan ChatGPT terus pada desktop tanpa perlu membuka pelayar web.

image is not available

Walaubagaimanapun, untuk fasa pengenalan ini, OpenAI menawarkan untuk pengguna pelan berbayar, termasuk ChatGPT Plus, ChatGPT Enterprise, ChatGPT Team, dan juga ChatGPT Edu. Melalui perisian ini, selepas memasangnya, anda boleh mengakses pantas ke ChatGPT dengan hanya menekan kekunci Alt + Space.

OpenAI mengatakan penawaran perisian ini untuk semua pelanggan akan menyusul menjelang penghujung 2024 ini. Bagi anda yang sedia menggunakan pelan berbayar, boleh memuat-turun perisian ChatGPT untuk Windows hari ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved