Tak Dapat Ahn Hyoseop, Han Seohee Kini Dilapor Jumpa ‘Mangsa’ Baru Dalam Kalangan Penyanyi Idola

Music
11 Mar 2024 • 3:43 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Mesej perbualan di antara Han Seo-hee dan rakannya telah tular di media sosial.

Pada 11 Mac, media telah mendedahkan mesej perbualan di antara Han Seo-hee dan rakan-rakannya. Di mana, bekas pelatih idola itu didapati telah meminta sahabatnya untuk memperkenalkan dia kepada seorang penyanyi idola.

Dalam perbualan tersebut, Han Seo-hee juga telah dilihat meminta rakannya untuk bertukar pasangan dengannya.

image is not available

Malah, dia turut memberitahu rakannya supaya menyembunyikan identitinya pada penyanyi tersebut dan memperkenalkan diri sebagai seorang gadis bernama Han Yoo-joo.

Perkara itu lantas disetujui oleh temannya itu dan sebagai balasan, Han Seo-hee perlu merahsiakan perbualan diantara mereka.

Sementara itu, dalam satu lagi mesej yang tular, Han Seo-hee telah didapati menjemput penyanyi idola itu untuk datang ke rumahnya, sekaligus menandakan bahawa rakannya telah berjaya memperkenalkan pelatih itu kepada penyanyi tersebut.

image is not available

Di mana, dalam mesej itu, mereka telah dilihat bercakap mengenai hubungan penyanyi lelaki tersebut bersama bekas teman wanitanya. Lelaki itu juga turut menyatakan keinginannya untuk pergi ke rumah Han Seo-hee sebelum mendedahkan bahawa dia takut jika dirinya diikuti oleh peminat sasaeng.

Hmm…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.