WhatsApp Menguji Langganan WhatsApp Plus Di Malaysia Pada Harga RM3.50 Sebulan

LocalTechnology
26 May 2026 • 3:19 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

WhatsApp Menguji Langganan WhatsApp Plus Di Malaysia Pada Harga RM3.50 Sebulan

Meta sedia melihat kepada pelbagai kaedah dalam menambah pendapatan mereka, termasuk bereksperimen dengan langganan bulanan pada Facebook dan Instagram. Tidak setakat itu, Meta kini turut bereksperimen dengan langganan WhatsApp berbayar dinamakan WhatsApp Plus melibatkan sejumlah pengguna di Malaysia.

Image from: WhatsApp Menguji Langganan WhatsApp Plus Di Malaysia Pada Harga RM3.50 Sebulan

WhatsApp Plus ditawarkan pada harga langganan RM3.50 sebulan, yang menyertakan beberapa ciri tambahan kepada pengguna. Antara yang ditawarkan adalah termasuk akses kepada pelekat premium dan beranimasi, kebolehan mengubah-suai rekaan ikon aplikasi WhatsApp, pilihan pin akan lebih banyak perbualan pada skrin utama, akses kepada nada dering eksklusif, dan juga kebolehan untuk menambah-baik senarai sembang di WhatsApp.

Image from: WhatsApp Menguji Langganan WhatsApp Plus Di Malaysia Pada Harga RM3.50 Sebulan
Image from: WhatsApp Menguji Langganan WhatsApp Plus Di Malaysia Pada Harga RM3.50 Sebulan

Buat masa ini, sejumlah pengguna telah mula menerima paparan ini di WhatsApp, membolehkan anda mengujinya secara percuma untuk bulan pertama, dan dikenakan caj sebanyak RM3.50 sebulan selepas itu. Bagi anda yang menggunakan WhatsApp, adakah anda akan melanggan pelan WhatsApp Plus ini?

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved