WhatsApp Menidakkan Laporan Mengatakan Akan Menambah Iklan Pada Perkhidmatan Permesejan

TechnologyDigital
15 Sep 2023 • 8:41 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Ketua bahagian WhatsApp kini menidakkan laporan FT yang menyatakan Meta sedang mempertimbangkan penambahan iklan pada aplikasi permesejan tersebut. Untuk makluman, Meta sebelum ini pernah menyatakan hasrat untuk membawa pengiklanan pada WhatsApp, tetapi perkara tersebut ditangguhkan.

image is not available

Sehingga kini, WhatsApp merupakan perkhidmatan dibawah Meta yang tidak menjana pendapatan melalui perkhidmatan untuk pengguna awam. Sebaliknya, WhatsApp mengenakan caj perkhidmatan untuk perkongsian API, dan juga beberapa ciri-ciri WhatsApp Business.

Ia tidak diketahui lagi apakah perancangan pihak WhatsApp dalam menjana pendapatan. Untuk makluman, ketika pelancaran awal WhatsApp, ia ditawarkan dalam bentuk langganan berbayar – tetapi strategi tersebut dihentikan selepas beberapa tahun, dan seterusnya WhatsApp telah diambil-alih oleh Meta.