WhatsApp Sedang Bangunkan Ciri Perkongsian Fail Pantas Dengan Orang Berdekatan – Seumpama AirDrop

TechnologyDigital
20 Jan 2024 • 11:04 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

WhatsApp kini dilihat sedang membangunkan sebuah ciri perkongsian fail pantas, seperti yang ditawarkan oleh Apple melalui AirDrop atau Android melalui QuickShare. Dengan langkah ini, pemindahan fail berlaku antara peranti, tanpa perlu dimuat-naik oleh penghantar dan muat-turunnya kembali oleh penerima.

Melalui versi pembangunan terbaharu di Android yang dikongsikan oleh WABetaInfo, ciri ini memperlihatkan pengguna boleh melakukan perkongsian fail dengan mereka yang berdekatan dengan mudah menerusi aplikasi WhatsApp.

image is not available

Mengikut paparan skrin yang diperlihatkan, ia menunjukkan kedua-dua pengguna perlu membuka aplikasi untuk menghantar dan menerima dokumen dan fail. Had pemindahan dan jarak tidak diketahui lagi, tetapi pihak WhatsApp sedia menyokong kepada penghantaran fail sehingga 2GB melalui aplikasi mereka.

Buat masa ini, ia tidak diketahui bilakah WhatsApp akan memperkenalkan ciri baharu ini secara rasminya. Sama-sama kita nantikan lanjut berkenaan dengan ciri menarik ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved