
Whatsapp Uji Ciri Baharu, Benarkan Guna Satu Nombor Untuk Dua Akaun Di Dua Telefon Berbeza
Whatsapp kini membenarkan pengguna untuk menghubungkan akaun aplikasi tersebut pada telefon kedua mahupun tablet android melalui kemas kini versi 2.22.24.18.
Walau bagaimanapun, fungsi ini hanya dilepaskan untuk pengguna Beta buat masa ini dan belum ditawarkan secara besar-besaran. Menerusi fungsi ini, pengguna boleh menggunakan satu nombor telefon untuk dua akaun Whatsapp berbeza di peranti berlainan.
Menerusi Versi 2.22.24.18, pengguna boleh mengakses satu fitur yang dinamakan sebagai Companion Mode, dimana mereka boleh menghubungkan telefon pendua dengan akaun WhatsApp utama.
Difahamkan, Companion Mode ini membolehkan anda untuk menghubungkan bukan satu, tetapi empat telefon Android dengan akaun WhatApps utama dan masih dapat mengakses fitur-fitur biasa yang terdapat pada WhatsApp serta message encryption.

Bagi pengguna beta, Companion Mode boleh diaktifkan dengan pergi ke bahagian menu Pilihan (Option) pada skrin pendaftaran dan pilih “Peranti Terpaut” (“Link a device”) daripada pilihan menu.
Selain itu, WhatsApp beta for Android juga memberikan kebolehan untuk menghubungkan akaun dengan tablet Android.
Seperti di atas, fitur ini juga hanya tersedia untuk pengguna beta sahaja buat masa sekarang dan caranya sama seperti memaut akaun WhatsApp pada komputer anda.
Sumber: GSM Arena
The post Whatsapp Uji Ciri Baharu, Benarkan Guna Satu Nombor Untuk Dua Akaun Di Dua Telefon Berbeza appeared first on Siakap Keli.

