WHO Mengisytiharkan Covid-19 Bukan Lagi Sebuah Kecemasan Kesihatan Global

WorldTechnologyDigitalSpace
5 May 2023 • 10:03 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available
Covid-19

Sudah lebih tiga tahun Covid-19 menyerang bumi. Menerusi program vaksinasi dan pelbagai langkah kecemasan yang diambil di peringkat global impak pandemik semakin tidak dirasai. Hari ini Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengisytiharkan Covid-19 bukan lagi sebuah kes kesihatan awam global.

image is not available

Covid-19 tidak lagi dianggap sebagai sebuah kes kecemasan kerana trend penurunan kes kematian, penurunan kemasukan ke hospital, penurunan kemasukan ke unit rawatan rapi dan juga tahap imuniti penduduk yang tinggi terhadap SARS-COV-2 pada waktu ini. Jawatankuasa Kecemasan Peraturan Kesihatan Antarabangsa (2005) (IHR) yang melakukan pertemuan ke-15 hari ini mengesyorkan status kecemasan tidak lagi digunakan pada Covid-19.

Seramai 7 juta pesakit meninggal dunia disebabkan oleh virus ini dengan 37,020 kematian dilaporkan di Malaysia setakat ini. Walaupun ramai yang menganggap pandemik sudah berakhir, masih terdapat laporan kematian harian dan 14,291 kes aktif pada hari ini.