Jerebu, cuaca panas & Covid-19 (Arcturus) telah kembali! Inilah cara untuk kekal sihat

Health & Fitness
6 May 2023 • 8:00 AM MYT
Newswav PR
Newswav PR

Sponsored content from various brands & advertisers

Image from: Jerebu, cuaca panas & Covid-19 (Arcturus) telah kembali! Inilah cara untuk kekal sihat

Musim jerebu telah kembali. Beberapa bandar di Malaysia telah mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat. Bukan itu sahaja, bilangan kes Covid-19 dijangka meningkat menyusuli varian Arcturus baharu yang dikesan di dalam negara. Selain itu, gelombang cuaca panas di Malaysia dijangka berlanjutan untuk beberapa bulan.

Selain daripada memakai pelitup muka dan kurangkan aktiviti fizikal, apakah lagi yang boleh dilakukan untuk meningkatkan imuniti badan kita? Adakah anda masih ingat semasa anda masih muda, ibu anda selalu menyediakan buah oren kerana ia mengandungi pelbagai khasiat yang baik? Ternyata ibu kita betul.

Vitamin C mempunyai banyak manfaat kesihatan yang menakjubkan, seperti meningkatkan imuniti badan, mengekalkan gigi yang kuat, dan mencegah penyakit kronik. Sekaranglah masa terbaik untuk meningkatkan imuniti badan kita untuk kekal sihat.

Manfaat Pengambilan Vitamin C

Vitamin C memainkan peranan penting dalam fungsi badan, termasuk:

  • Meningkatkan sistem imun badan: Vitamin C memainkan peranan penting dalam sistem imun dengan membantu meningkatkan pengeluaran sel darah putih yang melawan jangkitan dan penyakit.
  • Penghasilan kolagen: Ia merupakan bahan utama dalam pembentukan dan penghasilan kolagen untuk pengekalan struktur salur darah, gusi, tulang dan gigi.
  • Penyembuhan luka: Ia dipercayai membantu menggalakkan pertumbuhan dan pembaikan tisu yang boleh membantu dalam penyembuhan luka.
  • Meningkatkan tahap antioksidan darah: Kandungan antioksidan dalam vitamin C dipercayai boleh melawan radikal bebas (pengumpulannya sering dikaitkan dengan pelbagai penyakit kronik), toksin dan bahan pencemar (contohnya asap rokok).
  • Mengurangkan risiko penyakit kronik: Tahap antioksidan yang tinggi boleh membantu mengurangkan risiko penyakit kronik seperti penyakit jantung, strok dan kanser.
  • Menurunkan tekanan darah: Ia berpotensi menurunkan tahap tekanan darah dan mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok.
  • Mengurangkan kolesterol jahat: Vitamin C juga membantu menurunkan kadar kolesterol LDL dan mengurangkan risiko penyakit jantung. Ia juga boleh membantu pesakit gout dengan mengurangkan paras asid urik darah.
  • Membantu penyerapan zat besi: Ia membantu penyerapan zat besi dengan lebih berkesan. Vitamin C ‘menangkap’ zat besi dan menyimpannya dalam bentuk yang lebih mudah untuk diserap oleh badan.

Rata-rata orang memerlukan tidak lebih daripada 2000mg Vitamin C setiap hari daripada pelbagai sumber, termasuk suplemen (dengan had 90mg untuk lelaki dan 75mg untuk wanita). Pengambilan Vitamin C sebagai sebahagian daripada suplemen harian anda adalah cara mudah untuk memastikan anda mendapat nutrien yang mencukupi.

Tonton video di bawah untuk mengetahui lebih lanjut tentang faedah, jenis, jumlah dan masa yang sesuai untuk mengambil suplemen Vitamin C: