WHO tingkatkan usaha tangani kolera di Somalia

25 Oct 2023 • 10:19 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

MOGADISHU: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Rabu berkata badan kesihatan dunia itu akan meningkatkan usaha membendung penularan kolera di Somalia.

Sebanyak 29 daerah di Somalia terus dilanda wabak itu sejak 2022 dan di wilayah Banadir sejak 2017.

Sebanyak 14,191 kes disyaki kolera, termasuk 38 kematian dilaporkan sejak Januari.

“WHO dan rakan kongsinya mempertingkat pelaksanaan aktiviti kesiapsiagaan dan tindak balas berikutan banjir kilat dijangka melanda kesan daripada fenomena El Nino yang dijangka bermula pada Oktober 2023,“ kata WHO, lapor Xinhua.

Selain kolera, WHO juga memberi amaran mengenai risiko penyakit bawaan air dan ancaman kesihatan yang lain.

WHO berkata kira-kira 308 kes baharu dilaporkan dengan satu kematian dan jumlah kes kolera meningkat sebanyak 33 peratus sejak dua minggu lepas. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved