“Why Not Saya Ada Chance, Saya Suka Gal Gadot Sebab Kerja” – Balas Kecaman, Jawapan Meerqeen Dianggap Tak Matang

Entertainment
24 May 2023 • 4:19 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, pelakon yang kian popular iaitu Meerqeen dikecam netizen gara-gara bergambar dengan bintang filem Hollywood kelahiran negara Israel, Gal Gadot.

Susulan sudah dikecam ramai, pihak @urtv_official telah memuat naik satu video sesi temubual Meerqeen membalas kecaman netizen selepas memuat naik foto bersama pelakon filem Wonder Women terbabit.

image is not available

Katanya, dia bergambar bersama wanita tersebut kerana kedua-dua mempunyai pekerjaan yang sama iaitu pelakon.

Saya tangkap gambar dengan dia bukan sebab dia Israel ke apa. Kalau yang condemn saya tu pun kalau jumpa Gal Gadot pun tangkap gambar juga. What’s the difference?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by URTV official (@urtv_official)

Kebanyakkan netizen yang meninggalkan komen merasakan penjelasan Meerqeen itu sememangnya tidak matang.

Biasalah baru 22 tahun. Jawab pun boleh tahu tak matang lagi.

Bagaimanapun, susulan hantaran yang dimuat naik dalam platform TikTok itu dikecam ramai, pihak @urtv_official telah memadam video tersebut.

image is not available 9 bulan lalu

Nama Makin 'Meletup', Meerqeen Didakwa Sukar Dihubungi Dan Bersikap Acuh Tak Acuh?