WiiKintosh – Mac OS X Berjaya Dijalankan Pada Sebuah Nintendo Wii

TechnologyGaming
9 Apr 2026 • 2:00 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple tidak lagi menyokong penggunaan secara rasmi sistem operasi macOS pada perkakasan bukan keluaran mereka. Ini mewujudkan komuniti Hackintosh yang menggodam macOS pada perkakasan PC biasa. Tetapi kini kini memasuki era WiiKintosh pula selepas Mac OS X 10.0 (2001) berjaya dijalankan pada sebuah konsol Nintendo Wii.

Projek Wiikintosh ini dibangunkan oleh Brian Keller bagi membuktikan sistem operasi ini boleh dijalankan pada konsol yang dilancarkan pada tahun 2006. Perkakasan Wii sebenarnya hampir setanding dengan sebuah Mac G3 kerana menggunakan pemproses daripada keluarga PowerPC 750 cuma dengan jumlah RAM yang lebih kecil.

image is not available
Gambar oleh Brian Keller

Beberapa perubahan dilakukan Keller dengan ia memerlukan bootloader khas, menjalankan kernel OS X yang ditampal dan sistem operasi dimuatkan menerusi kad SD. Kekangan perkakasan membuatkan OS X 10.0 berjalan secara perlahan tetapi stabil.

Menyesuaikan OS X untuk berinteraksi dengan perkakasan Wii yang sangat berbeza daripada Mac sebenar. Bagi mereka yang ingin mencubanya sendiri, fail yang diperlukan boleh dimuat turun menerusi pautan GitHub Brian Keller di bawah.