Wiko Bakal Memasuki Pasaran Malaysia Secara Rasmi

TechnologyDigital
12 Jul 2022 • 10:54 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Mungkin ramai di antara kita yang kurang mengenali akan jenama Wiko. Mula diperkenalkan pada tahun 2011, ia merupakan jenama yang berasal dari Perancis. Produk yang dihasilkan juga telah memasuki pasaran antarabangsa yang merangkumi lebih 30 buah negara berbeza. Ini termasuk, Eropah, Afrika, Timur Tengah dan Asia dengan lebih 30 juta pengguna.

image is not available

Bercakap dengan lebih lanjut, Wiko hari ini mengumumkan yang mana mereka bakal memasuki pasaran Malaysia secara rasminya tidak lama lagi. Melaluinya, pengguna tempatan boleh menjangkakan pelancaran untuk beberapa peranti pintar daripada Wiko yang kelak dijual pada harga mampu milik.

image is not available
Gambar sekadar hiasan

Dalam masa sama, produk keluarannya juga kelak boleh didapati di seluruh Malaysia dengan kerjasama tiga pengendali baharu yang bakal diumumkan kemudian. Seperti biasa, kami akan berkongsi lanjut mengenainya sekiranya ada kemas kini baharu dalam masa terdekat ini.