Will Smith Baca Al-Quran Sepanjang Ramadan – “Ia Sangat Jelas Dan Mudah Difahami”

Entertainment
21 Mar 2024 • 9:32 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Bintang Hollywood Will Smith mendedah dia baca keseluruhan isi kandungan kitab suci al-Quran sepanjang bulan Ramadan tahun lalu.

Menerusi satu temubual bersama Big Time Podcast, Will Smith menyatakan kekagumannya terhadap al-Quran dan bagaimana ia memberi kesan kepada kehidupannya.

Menurutnya, al-Quran senang untuk difahami kerana ia sangat mudah untuk dibaca dan sukar untuk salah faham dengan isi kandungan kitab suci itu.

“Saya sangat menyukai bagaimana mudahnya al-Quran. Kitab ini sangat jelas dan ia sukar untuk salah faham dengan al-Quran,” katanya.

Dalam pada itu, Will Smith juga menyatakan antara kisah yang paling dia sukai di dalam al-Quran ialah kisah Nabi Musa AS.

Will Smith baca al-Quran sepanjang Ramadan

image is not available

“Saya terkejut sebab Nabi Musa AS banyak disebut di dalam al-Quran. Menerusi al-Quran, saya rasa saya boleh relate dengan kisah Nabi Musa AS,” kongsinya.

Pelakon Men in Black itu turut berkata dia juga berasa kagum kepada al-Quran kerana ia seperti sebuah kisah yang lengkap dan sangat jelas.

Katanya, sebelum ini dia juga pernah membaca kitab dari agam lain namun dia kurang faham dengan isi kandungan kitab-kitab tersebut.

image is not available

“Ianya sangat indah selepas saya membaca al-Quran dan memahami kisah-kisah lain dari kitab lain,” ujarnya.

Sekadar info, podcast tersebut telah dirakam bersama hos Big Time Podcast Amr Adib pada Disember tahun lalu namun ia menjadi tular baru-baru ini.

Sumber: YouTube MBC1

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved