Will Smith Dedah Telah Membaca Al-Quran Sepanjang Ramadan

Entertainment
20 Mar 2024 • 11:39 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
will smith

Pelakon Hollywood, Will Smith membuat pengakuan bahawa dirinya sudah membaca Al-Quran sepanjang bulan Ramadan tahun lepas.

Momen itu dikongsikan oleh Will Smith dalam satu podcast bersama wartawan Mesir, Amr Adeeb baru-baru ini.

Dalam podcast tersebut, pelakon itu kelihatan terkejut kerana kitab Taurat, Zabur dan Injil bersambung hingga ke Al-Quran.

Saya sangat suka kesederhanaannya, al-Quran begitu jelas, ia amat jelas. Sukar untuk terjadi salah faham.

Saya terkejut bagaimana ia seperti satu kisah, dari Torah melalui Bible dan ke al-Quran. Saya tidak pernah sepenuhnya memahami Abraham sebagai bapa dan kemudian perpecahan dengan Isaac dan Ishmael dan amat indah untuk memahami itu dengan lebih baik.

Will sebelum ini pernah menjadi bualan ramai selepas menampar Chris Rock dalam Anugerah Oscar dua tahun lepas sebelum meminta maaf kepada pengacara itu kerana bertindak secara keterlaluan.

Semoga Allah memberi Will Smith hidayah untuk memeluk agama Islam.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media