WinAmp Akan Dilancarkan Sebagai Platform Penstriman Dengan Bantuan Deezer Tahun 2027

TechnologyMusic
31 Jul 2026 • 12:10 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

WinAmp akan dilancarkan semula sebagai sebuah platform penstriman audio pada H1 2027 dengan kerjasama Deezer. Menerusi kerjasama ini, katalog Deezer boleh diakses menerusi langganan premium WinAmp. Pada waktu yang sama aplikasi WinAmp boleh memainkan fail audio tersimpan pada peranti pengguna, mendengar podsiar, radio internet, audio daripada simpanan awan dan pelbagai sumber lain secara setempat.

Image from: WinAmp Akan Dilancarkan Sebagai Platform Penstriman Dengan Bantuan Deezer Tahun 2027

Ini kali ketiga WinAmp cuba dihidupkan semula untuk pengguna moden. Ketika demam NFT, mereka melancarkan beberapa skin ikonik WinAmp sebagai NFT premium. Kemudian aplikasi Android dan iOS pula dilancarkan sebelum keseluruhan pemain ditawarkan sebagai perisian sumber terbuka pada tahun 2024.

Maklumat terperinci platform penstriman ini masih belum dikongsi cuma pihak WinAmp mengatakan akan menawarkan pengalan pentriman yang berbeza dengan platform pensriman digital lain di pasaran sekarang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved