Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Upgrade, sebuah program pajakan (leasing) peranti baharu yang dibangunkan menerusi kerjasama dengan platform pembiayaan Klarna.
Program itu memberi lebih fleksibiliti kepada pelanggan di Amerika Syarikat untuk memiliki pelbagai peranti utama Apple melalui pelan bayaran bulanan yang lebih mampu milik.
AdvertisementApple Upgrade boleh diakses menerusi laman web Apple Store, aplikasi Apple Store serta semua cawangan Apple Store di seluruh Amerika Syarikat.

Antara peranti yang ditawarkan di bawah program ini ialah:
1. iPhone: Pajakan selama 12 atau 24 bulan bermula daripada AS$17.99 (sekitar RM79.16) sebulan.
2. Apple Watch: Pajakan 12 atau 24 bulan bermula daripada AS$11.99 (sekitar RM52.76) sebulan.
3. Mac: Pajakan 24 atau 36 bulan bermula daripada AS$24.99 (sekitar RM109.96) sebulan.
4. iPad: Pajakan 24 atau 36 bulan bermula daripada AS$11.99 (sekitar RM52.76) sebulan.
Pelanggan juga boleh mengurangkan bayaran bulanan dengan menggunakan program Apple Trade In menerusi peranti sedia ada, manakala pemegang Apple Card turut layak menerima pulangan tunai (Daily Cash) sebanyak tiga peratus bagi setiap bayaran pajakan bulanan.
Menurut Apple, proses permohonan hanya mengambil masa beberapa minit sama ada secara dalam talian atau di kedai fizikal, dengan setiap permohonan tertakluk kepada semakan kredit ringan (soft credit inquiry) yang tidak menjejaskan skor kredit pemohon.

Selepas tempoh pajakan berakhir, pelanggan diberikan tiga pilihan iaitu menaik taraf kepada model baharu dengan memulangkan peranti lama, membeli peranti tersebut secara kekal melalui bayaran akhir atau memulangkan peranti dan menamatkan penyertaan dalam program.
Sepanjang tempoh pajakan, semua urusan pembayaran dan jadual ansuran boleh diuruskan menerusi aplikasi Klarna. Pelanggan juga boleh menambah perlindungan AppleCare sebagai pilihan tambahan.
Dalam masa sama, Apple turut mengumumkan penamatan rasmi iPhone Upgrade Program dan iPhone Payments di Amerika Syarikat. Pelanggan sedia ada yang layak boleh beralih ke Apple Upgrade, menggunakan pembiayaan Apple Card Monthly Installments, atau membeli peranti secara terus.
Bagaimanapun, Apple memaklumkan program pajakan baharu itu tidak ditawarkan bagi beberapa model tertentu termasuk iPhone 16, iPhone 16 Plus, Apple Watch SE, MacBook Neo, Mac mini, iPad A16 dan Studio Display.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"EV Kereta Masa Depan? 'Standby' Masuk Neraka Paling Depan" - Individu Nasihat Orang Ramai Berhati-Hati Beli Kereta Elektrik
The post Apple Lancar Program Pajakan ‘Apple Upgrade’, Pengguna Boleh Miliki Peranti Serendah RM50 Sebulan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.




